Cari Blog Ini

Rabu, 26 Oktober 2022

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK. WANITA HARUS TAHU NIH....


PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya ALLAH perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari....in sha ALLAH kelihatan 'cantik'.

Cantik bagaimana?

Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

Alhamdulillah. ❤️

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kata kata

★𝘽𝙖𝙘𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣-𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣 ★ ~•𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙘𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙪 𝙜𝙖 𝙗𝙖𝙞𝙠,𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙤𝙧𝙖...